PENGENALAN

Unit ini ditubuhkan untuk menguruskan sistem peperiksaan dan penilaian murid pendidikan guru yang sedang menjalani latihan perguruan atau mengikuti kursus di institut ini. Unit ini juga mengurus dan mentadbir proses penilaian dan peperiksaan bagi menentukan seseorang murid pendidikan guru boleh dianugerahkan sijil/diploma perguruan malaysia selepas mereka tamat pengajian atau pun kursus. Selain itu unit peperiksaan dan penilaian menyimpan segala data dan maklumat mengenai prestasi akademik serta kegiatan kokurikulum bagi setiap murid pendidikan guru/peserta kursus sepanjang tempoh latihannya. 

 

OBJEKTIF : 

  • Menentukan bakal pendidik guru dinilai melalui proses yang adil dan sah.
  • Memastikan murid pendidikan guru sentiasa mendapat maklumat yang tepat mengenai prestasi akademik masing-masing agar mereka dapat memperbaiki pencapaian mereka dari semasa ke semasa.
  • Menentukan penilaian dijalankan melalui pelbagai kaedah penilaian yang ditentukan dari semasa ke semasa.
  • Tidak membocorkan sebarang rahsia seperti yang diarahkan dan berpegang teguh kepada konsep sulit selaras dengan akta akta rahsia rasmi kerajaan.
  • Menjamin kredibiliti, kesahan dan kebolehpercayaan sistem peperiksaan dan penilaian pendidikan guru.
  • Memastikan proses penggubalan kertas soalan dan peraturan memberi markah (pmm) dilaksanakan secara teratur dan terkawal dengan menepati format dan jadual penentu ujian (jpu) serta mengikut prosedur yang ditetapkan.
  • Memastikan proses penilaian kerja kursus dan taksiran dijalankan secara teratur dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
  • Memberi panduan dalam perancangan dan pentadbiran peperiksaan, penyediaan, pemprosesan dan pengesahan keputusan peperiksaan dan penilaian secara teratur dan sistematik berdasarkan manual prosedur proses peperiksaan pendidikan guru dan perintah lembaga peperiksaan pendidikan guru.
  • Memastikan proses pemeriksaan skrip jawapan peperiksaan bertulis dijalankan secara tekal dan terkawal mengikut panduan moderasi.
  • Memastikan proses penyediaan analisis item dan bank item serta analisis keputusan peperiksaan dijalankan secara sistematik dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

  

 

   

LOKASI

 

Contact

Unit Peperiksaan dan Penilaian

IPG Kampus Pulau Pinang,
Bukit Coombe, 11700 Gelugor
Pulau Pinang

04-660 3128